NuffNang

WeLcOMe tO eInZmIsZmeSSy cOrNer

You are not allowed to copy my photo, writing or ideas unless you asked me first. All content was my copyrights which only contain my thought that maybe changed and not permanent. Do enjoy reading my blog. Thank you for drop by~

Selasa, 12 Januari 2010

ALLAHUAKBAR!

baru-baru ini isu penggunaa kalimah ALLAH oleh HERALD THE CATHOLIC WEEKLY telah membangkitkan kemarahan masyarakat islam di negara ini,,,,
sekiranya diteliti masyarakat islam hanya membuat bantahan dengan cara mengadakan tunjuk perasaan di tempat-tempat tertentu,,,
namun setelah penggunaan kalimah ALLAH diluluskan di Mahkamah Sivil dan dihakimi oleh hakim yang bukan beragama islam hal ini melarat sehingga pelbagai pihak tampil untuk memberi pandangan dan pendapat,,,kerajaan juga digesa oleh masyarakat islam memandangkan isu sensitif ini menjadi pertaruhan.
ketengangan melanda kerana penangguhan berlaku dan ini membuat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab nekad untuk membakar gereja di Desa Melawati (kejadian pertama).
ini bukanlah sikap masyarakat islam yang sebenar kerana islam agama yang menganjurkan agar umatnya bersabar apabila mengahadapi konflik,,,sememangnya sukar untuk kita semua bersabar ketika perkara yang melibatkan agama menjadi pertaruhan,,,tetapi membakar gereja bukanlah perkara yang wajar dilakukan.
islam menyuruh umatnya agar menggunakan kebijaksanaan akal dalam menyelesaikan setiap masalah.
saya bersyukur kerana perkara ini kini sudah selesai kerana pihak penerbit majalah tersebut sudah sedar akan kesilapannya yang ingin menggunakan nama ALLAH untuk penerbitannya.
saya disini merasa sedikit aneh mengapa pihak penerbit yang mempunyai kebijaksanaan tidak memikirkan terlebih dahulu akan kesan akan datang.
sudah kita semua maklum bahawa isu sensitif seperti ini pastinya akan menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang terutama bagi pihak yang terlibat.
saya berpendapat perkara ini seolah-olah sengaja dilakukan untuk menguji tahap kesabaran masyarakat islam.
keadaan menjadi huru-hara kerana hal ini sememangnya menyinggung perasaan masyarakat islam terutama apabila penggunaan kalimah ALLAH diluluskan oleh Mahkamah Sivil.
saya berharap agar tiada lagi timbul masalah yang berkaitan dengan isu sensitif seperti ini memandangkan negara ini mempunyai pelbagai bangsa yang menganuti pelbagai agama.
tetapi haruslah diingati bahawa agama islam masih lagi agama rasmi negara ini.
justeru itu kita semua haruslah menghormati agar kita dapat hidup dalam harmoni.



Khamis, 24 Disember 2009

p.e.r.k.a.h.w.i.n.a.n VS p.e.r.n.i.k.a.h.a.n

tiba-tiba aku terasa suka nak buat perbandingan,,,
ok,,,kalau dilihat pada dua istilah ini bagai sama je maksudnya,,,
secara mata kasar memang seakan sama tapi pada aku terdapat sedikit perbezaan mengikut minda aku la,,,
ok,,,perkahwinan boleh digunakan untuk semua benda la,,,bagi manusia, haiwan , tumbuhan -sepatutnya guna kacuk tapi orang kita suka guna kahwin- dan sebagainya,,,
pada aku,,,aku lebih suka orang kita menggunakan perkataan pernikahan,,,lebih suci (seem so pure) hehehe,,, lagi pun betul apa kalau individu yang bernikah je dapat melahirkan zuriat yang bagus (baik, pintar, berkebolehan, berkeistimewaan dan pelbagai lagi) -insyallah, sekiranya allah berkehendakan dan kita petuhi segala hukum hakam agama-
kalau individu yang berpasangan (couple) sekarang ni boleh je guna istilah 'aku dah kahwin apa dengan pakwe aku' yang boleh disalah ertikan,,,
jadi pada aku kalau orang kerja kahwin,,,aku lagi suka panggil kenduri orang nikah,,, mungkin payah la sebab dah dari dulu terbiasa sebut kerja kahwin -mindset/mentaliti- tapi seperti biasa la,,,aku teringat kata-kata seorang cendiakawan,,, -minds control everything!!!- yeah i'm agree with this statement,,,
tapi semuanya terpulang la pada kau orang semua nak menilai macam mana,,,

Isnin, 21 Disember 2009

[cendol oh cendol]

sebut pasal cendol,,,memang kegemaran abah aku,,,melarat-larat virusnya sampai ke semua orang dalam keluarga aku,,,
beberapa hari lepas,,,aku bersama mak serta dua orang kakak aku pergi ke baitulmal yang terletak berdekatan dengan sekolah tinggi muar -HSM- cool pulak bunyi nama sekolah tu,,,famous je dengar,,,hahaha,,,
selesai mencari barang -barang yang dicari tak jumpa pun- aku ternampak la seorang pak cik penjaja yang menjual cendol,,,kebetulan memang tekak memang haus,,,aku pun apa lagi,,,bagi link kat mak aku,,,mak aku memang faham perangai aku kalau bab makan ni,,,memang dahsyat,,,huhu,,,
masa mak aku pergi membeli aku tak ikut pun,,,aku temankan kakak ngah aku yang masih mencari barang,,,
mak aku pergi membeli cendol bersama kak long aku,,,aku fikir beli dua kongsi empat tapi rupa-rupanya beli seorang satu,,,hish,,,
mak aku ni pun kan,,,patut cuba dulu ni tak,,,
bila dah dekat baru aku nampak,,,cendol pak cik ni mesti tak bape sedap,,,
lepas je sedut,,,sreet,,,cendol bersama santan dan pulut berserta kacang merah masuk kekerongkong,,,fuh!lega,,,tapi memang tak sedap pun,,,seperti yang aku jangka,,,huhu,,,lega sebab tekak memang tengah kering,,,
cendol bau kapur da,,,pulut lak agak jelantah,,,kacang merah pulak tak berapa empuk,,,adus,,,confirm ni la kali pertama dan terakhir aku beli cendol ni kat sini,,,tidak lagi
perkara yang sama berlaku juga semalam,,,
sepupu aku melangsungkan perkahwinannya,,,aku pergi satu keluarga,,,
abah aku parking kereta dibahu jalan berdekatan dengan rumah pengatin,,,
bertentangan dengan bahu jalan terdapat deretan gerai,,,
gerai apa lagi kalau tak cendol yang menarik minat bapak aku,,,
siap ada dialog lagi antara abah aku dengan kak ngah aku,,,
abah:cendol la,,,nah (sambil menghulurkan duit not rm5) kau pergi beli cendol
kak ngah:hek eleh abah ni,,,orang kerja kahwin dapat minum free je,,,abah nak pergi beli buat apa???
abah:alah aku nak merasa,,,
selapas membeli tiga bungkus cendol+kacang merah,,,
abah:ha'ah orang buat kerja kahwin gatal aku pergi beli lagi,,,
tahu kenapa abah aku cakap macam tu???
sebab tak sedap,,,
sure!!!

Selasa, 15 Disember 2009

-peraduan-

kebiasaan yang sering berlaku sepanjang cuti-cuti di rumah aku ialah peraduan yang sering mendapat tempat di hati kami adik-beradik
tahu apa dia???
aku namakan 'the longest sleeping beuty contest'