NuffNang

WeLcOMe tO eInZmIsZmeSSy cOrNer

You are not allowed to copy my photo, writing or ideas unless you asked me first. All content was my copyrights which only contain my thought that maybe changed and not permanent. Do enjoy reading my blog. Thank you for drop by~

Khamis, 2 Disember 2010

diri KITA

haisy,,,,,
lama sangat aku tinggalkan blog ni tanpa apa-apa isi,,,
serasa lau barang kat dalam gobok (almari) mesti berhabuk+berdebu habis~

sekarang ni boleh gak dikatakan sibuk,,,
buat pelajar macam aku apa lagi kalau tak sibuk dengan exam???
hehehe,,,,,

aku tak tau la apa yang akan aku dapat tu semua qada' dan qadar DIA
aku takkan mempertikaikan apa yang aku dapat nanti (insyallah)
aku nak belajar redha,,,

apa yang aku tau,,,,,
buat sehabis baik,,, kerana itu lah yang aku belajar pun selama ni,,,,,
aku merindui diri aku yang tak cengeng (kuat menangis)
aku yang berumur 12 tahun sangat tabah,,,,,
aku yg dulu lebih matang berbanding sekarang,,,,

pengalaman akan menguatkan kita,,,,,kenangan akan sentiasa subur dalam jiwa,,,,,
betul ke???
aku sendiri tak pasti,,,,

sekarang ni tak tahu kenapa rajin sangat tengok wayang,,,,
biarpun berhabis duit untuk cerita tapi rasa puas (tu pun kalau cerita tu best)

cerita semalam bertajuk 'aku tak bodoh'
sebenarnya adaptasi daripada cerita cina singapura 'i'm not stupid',,,,,
aku tak tengok pun versi singapura,,,tapi aku rasa mesti best juga macam cerita melayu malaysia ni,,
lagipun cerita singpura tu box office!!!
tak kisah la,,,,

apa yang aku dapat,,,,
memang dalam kehidupan tu komunikasi sangat-sangat penting,,,,
nak menyatakan kasih sayang pun kadang-kadang tak cukup nan perbuatan
perlu disertai dengan perkataan,,,kalau dalam hati tak ada niat pun tak gunakan???
takkan terpancar keikhlasan,,,,

bila aku fikir-fikir balik,,,,,memang la ALLAH S.W.T tu maha besar
bayangkan....semua manusia yang sempurna sifat disuruhnya mengerjakan solat,,,
dalam solat ada niat, perbuatan dan juga percakapan....
antara kita semua sedar atau tak jek,,,,

semuanya berkait dengan agama ISLAM,,,,
aku tak kata agama lain tak buat perkara yang sama,,,,,
mungkin ada yang berbeza,,,,
tapi aku rasa aku tak cukup ilmu untuk ulas tentang perkara itu~

aku rasa semua sama je,,,,
yang membezakan kita ialah diri individu tu sendiri,,,,
kalau dia berada dalam keadaan negatif dan masih mahu memilih negatif sebagai jalan hidupnya 
maka negatif la jadinya,,,,
kalau dia berada dalam keadaan positif dan sememangnya memilih positif jalan hidupnya
maka positif la hasilnya,,,,
namun aku tak kata orang yang alami keadaan yang negatif tak boleh merubah untuk jadi lebih positif,,,
adakalanya orang macam ni lagi BERJAYA dalam HIDUPNYA,,,,,



Selasa, 15 Jun 2010

kenangan di asrama

aku cuma bertahan duduk di asrama hanya 3 bulan je,,,
suasana kat asrama tu seindah yang aku jangka,,,
sering aku baca novel berkaitan dengan budak-budak asrama penuh,,,
keindahan alam persekolahan yang mungkin tak dapat dilupakan,,,
tapi mungkin disebabkan aku hanya bersekolah di sekolah harian biasa,,,
jadi kehidupan pelajar pintar tak dapat aku perolehi disana,,,
aku tetap mendambakannya,,,
aku ingin merasa yang terbaik,,,
tiap kali aku berdoa agar aku mampu jalani kehidupan penuh dengan kenangan yang indah,,,
walaupun sehingga kini aku masih tidak sekalipun merasainya,,,
aku tetap berharap,,,
tak aku ketahui kenapa,,,
aku mendapat seorang kenalan yang pernah menjalani kehidupan di asrama
yang juga hanya bertahan di asrama tu untuk 3 bulan,,,
ceritanya:
belajar bersama,,,berdebat tentang pelajaran,,,berkongsi banyak perkara,,,menjalani aktiviti dengan keriangan,,,tidur bersama,,,pergi dan balik ke sekolah bersama,,,
aku ingin,,,aku mahu ya allah,,,
aku dapat,
namun tak seperti yang ku harapkan,,,
lalu ku teringat akan sesuatu
"tak semua yang kita inginkan baik untuk kita, dan tak semua yang kita tak inginkan tu buruk untuk kita, ALLAH tahu yang mana terbaik buat diri kita"
lalu aku redha,,,
aku ambil keputusan yang ku fikirkan terbaik,,,
kembali ke rumah,,,
bukan langsung tak ada kenangan baik disana,,,
ada juga,,,
aku lebih menghargai tiap detik ku ketika berada disana,,,
detik aku bersama seorang teman yang sangat aku hargai,,,
sebelum tidur aku dapat bertukar-tukar cerita dengannya,,,
itu satu-satunya perkara yang aku rindui,,,
dan akan kekal dalam ingatanku,,,
semoga kita akan jadi kawan untuk selama-lamanya,,,
walaupun aku sedar aku bukan kawan yang layak mendampingimu.

Selasa, 12 Januari 2010

ALLAHUAKBAR!

baru-baru ini isu penggunaa kalimah ALLAH oleh HERALD THE CATHOLIC WEEKLY telah membangkitkan kemarahan masyarakat islam di negara ini,,,,
sekiranya diteliti masyarakat islam hanya membuat bantahan dengan cara mengadakan tunjuk perasaan di tempat-tempat tertentu,,,
namun setelah penggunaan kalimah ALLAH diluluskan di Mahkamah Sivil dan dihakimi oleh hakim yang bukan beragama islam hal ini melarat sehingga pelbagai pihak tampil untuk memberi pandangan dan pendapat,,,kerajaan juga digesa oleh masyarakat islam memandangkan isu sensitif ini menjadi pertaruhan.
ketengangan melanda kerana penangguhan berlaku dan ini membuat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab nekad untuk membakar gereja di Desa Melawati (kejadian pertama).
ini bukanlah sikap masyarakat islam yang sebenar kerana islam agama yang menganjurkan agar umatnya bersabar apabila mengahadapi konflik,,,sememangnya sukar untuk kita semua bersabar ketika perkara yang melibatkan agama menjadi pertaruhan,,,tetapi membakar gereja bukanlah perkara yang wajar dilakukan.
islam menyuruh umatnya agar menggunakan kebijaksanaan akal dalam menyelesaikan setiap masalah.
saya bersyukur kerana perkara ini kini sudah selesai kerana pihak penerbit majalah tersebut sudah sedar akan kesilapannya yang ingin menggunakan nama ALLAH untuk penerbitannya.
saya disini merasa sedikit aneh mengapa pihak penerbit yang mempunyai kebijaksanaan tidak memikirkan terlebih dahulu akan kesan akan datang.
sudah kita semua maklum bahawa isu sensitif seperti ini pastinya akan menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang terutama bagi pihak yang terlibat.
saya berpendapat perkara ini seolah-olah sengaja dilakukan untuk menguji tahap kesabaran masyarakat islam.
keadaan menjadi huru-hara kerana hal ini sememangnya menyinggung perasaan masyarakat islam terutama apabila penggunaan kalimah ALLAH diluluskan oleh Mahkamah Sivil.
saya berharap agar tiada lagi timbul masalah yang berkaitan dengan isu sensitif seperti ini memandangkan negara ini mempunyai pelbagai bangsa yang menganuti pelbagai agama.
tetapi haruslah diingati bahawa agama islam masih lagi agama rasmi negara ini.
justeru itu kita semua haruslah menghormati agar kita dapat hidup dalam harmoni.