NuffNang

WeLcOMe tO eInZmIsZmeSSy cOrNer

You are not allowed to copy my photo, writing or ideas unless you asked me first. All content was my copyrights which only contain my thought that maybe changed and not permanent. Do enjoy reading my blog. Thank you for drop by~
Memaparkan catatan dengan label artwork aku = cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artwork aku = cerpen. Papar semua catatan

Selasa, 21 Jun 2011

seceria pelangi

nurin membuang pandangan ke langit yg luas terbentang.....
dia mendongak.....melihat kepulan awan yg menyorokkan mentari.....
teringat dia akan perbualan itu
tak pernah luput dari kotak ingatannya...
nurin : mama, mama... apa tu? (nurin menunding jari ke langit)
mama : owh, itu namanya pelangi...
nurin :cantik kan mama???
mama : ya... mmg cantik.... (mama menghela nafas berat)
nurin : mama.... pelangi ada banyak warna ya???
mama : ya sayang... ada tujuh warna kesemuanya....
nurin : owh.... in nak jadi pelangi la kalau macam tu..... cantikkan???
mama : (tersenyum) kalau nak jadi pelangi in kena janji dgn mama.... boleh?
nurin : apa dia mama?
mama : kena jadi seceria pelangi....
nurin : maksud mama???
mama : bila in da besar nanti in pasti akan mengerti...

***

"mama!!!!!" nurin bergegas menerpa ke arah mamanya....
waktu itu mama sedang tercungap-cungap.....
mama sukar bernafas....
waktu kian singkat bg mama....
"in... in.. gat.... pe... san... ma... ma..."
"se... ce... ria.... pe... la.... ngi...."
terngiang-ngiang ayat mama di telinga nurin....
mama...

***

"in kenapa termenung?" qistina bertanya lalu duduk disisi temannya.
"aku teringat mama aku...." balas nurin.
"aku faham susah nak terima kenyataan bila orang yg paling kita sayang pergi meninggalkan kita, tp kau harus tabah....." qistina  cuba memberi semangat pd nurin
"qis.... da hampir 2 tahun mama tinggalkan aku.... tp aku masih tak faham kata-kata mama" balas nurin sayu.
"apa kata mama kau?"
"jadilah seceria pelangi........"
"aku tak tau nape mama kau cakap macam tu tp pasti ada sbbnya, dah la pergi la mandi... busuk!" qistina tergelak bila nurin baling bantal ke arahnya.

***

"in, kau da makin kurus aku tgk"
"em..."
"sejak mama da takde kau da tak macam dulu.... murung je... kenapa?"
"tade pape la"
"jgn bohong pd aku..."
"betul... aku ok"
"kalau ok nape kau da tak terurus macam dulu?"
"tade pun...aku pakai makan macam biasa"
"isk degil la kau ni...."
"mmg pun"
nurin terus bermuram.....

***

buku yg disampul dgn balutan kertas berwarna-warni dicapai....
diari mama...
mama menghidap luekimia....
sehingga ke nafasnya terakhir mama tetap menunjukkan sayang...
mama mmg tak suka tunjukkan kesakitan yg dialaminya pd orang lain...
dia akan selalu senyum.... gelak dan menghiburkan orang disekelilingnya....
mama...
mmg hebat.... tak mampu jd spt mama....
kekuatan yg ada dalam diri mama tidak diwarisi....

***

"mama!" jerit nurin sebaik shj melihat kelibat mama memasuki pekarangan rumah.
"sayang in", mama tersenyum melihat nurin berlari-lari mendapatkannya.
"mama beli apa utk nurin?" tanya nurin manja di pelukan mamanya.
"nah!" mama menghulurkan makanan kegemarannya.
dgn riang dia menyambut lalu berlari semula kedalam rumah
waktu itu umur dia baru shj 7 tahun....

***

selakan terhenti di perkataan "SECERIA PELANGI"
coretan mama tentang....
mata nurin pantas menangkap baris ayat :
deras hujan mematikan langkah, sukar bergerak bebas diluar padang, namun selepas hujan berhenti, pelangi muncul menceriakan langit, warna pelangi memikat mata memandang itu la sebenarnya SECERIA PELANGI...

nurin masih tidak mengerti....

baris seterusnya dibaca....
walau apa pun yg melanda kita... kita perlu tersenyum riang spt tiada apa yg menganggu kita....
kita kena jd mcm pelangi, munculnya selepas hujan, tabah menghadapi dugaan, selepas menangis jgn terus menangis tp senyum la seceria pelangi yg mengindahkan alam selepas hujan membasahi bumi....
tiap satu perkara yg kita rasa tak patut terjadi kita kena ingat, pasti ada hikmah disebaliknya....
spt hujan... menyukarkan langkah manusia apabila di luar, tetapi merupakan rahmat buat tumbuh-tumbuhan.... hasilnya.... tumbuh-tumbuhan hidup segar....
jgn kita marah hujan yg sementara sdgkan memberi byk manfaat pd kita....
buat nurin anakku....
kau harus tabah dan merelakan pemergian mama...
mama yakin kau mampu tabah spt mama....
biarpun kehilangan mama....
tp tak bermaksud kau hilang dr rahmat-NYA....
mama harap kau jd SECERIA PELANGI....

nukilan mama buat nurin menitiskan air matanya....
manakan tidak, mama seolah-olah tahu bila dia akan pergi menghadap ILAHI....
mmg nurin plg rapat dgn mama....
semua benda nurin tanya pd mama....
semua perkara nurin kongsi pd mama....
mama....
nurin mengerti kini...
biarpun terlewat...
tp nurin harap masih lg sempat....
nurin akan belajar tabah....
mencari kehidupan nurin yg hilang sebelum ini....
mama....
mama sentiasa segar dalam hati nurin....
semoga roh mama dicucuri rahmat ILAHI....

***

nurin melangkah yakin menuju kearah kakaknya...
"in kau pasti?"
"ya kak long!"
"kalau macam tu akak doakan kau selamat pergi selamat kembali"
"ok" nurin menunjukkan ibu jarinya ke atas. kemudian dicapai tangan kakaknya lalu dicium.
nurin dan kak longnya berpelukan.
nurin menuju ke destinasinya... meneruskan perjuangan hidup....
menimba ILMU.....

mama terima kasih!

Khamis, 16 Jun 2011

sebatang pen


aku menyeka air mata yg berguguran
dia menghampiri
"nape menangis ni? yg lepas tu biar la lepas"
aku hanya membatu...
aku mulai melangkah ke meja...
pen berwarna-warni lantas dicapainya....
pemberian insan yg paling disayangi....
"maafkan aku..."
"maafkan aku...."
***
"nah ambil lah hadiah ni, mgkn tak seberapa...."
"isk kau ni, buat susah2 jek"
"ala, kita da lama kawankan? aku tak pernah beri kau apa2"
"la....cmtu pulak? aku ikhlas kot nak kawan dgn kau, tak mengharapkan pape"
"em.... terima jela sempena kejayaan kau ni"
aku senyum....
"terima kasih...."
hanya tu je yg mampu terucap
aku mmg tak pandai nak pamerkan yg aku suka pemberian seseorang...
tp tak bermakna aku tak hargai...
***
"hey! ni pen yg aku tgk tu kan?"
 dia senyum nipis
"mahal ni!"
"tak la"
"eh kau jgn bohong la.... seratus lebih kan harganya?"
"aku tak bohong.... mmg tu harganya... tp persahabatan kita tak ternilai harga jika dibandingkan sebatang pen tu"
"mana kau dpt duit?"
"adalah"
aku hanya mampu diam....
bukan aku tak tau... dia bukan orang senang....
sama je macam aku.... sambung belajar pun guna pinjaman juga....
ah! aku rasa cm dia membazir kerana aku....
***
"kau tipu aku!"
"mana ada?"
"ye... lau tak nape ada gambar kau dgn dia?!"
"tak! aku cuma...."
"tgk kau tak dpt ckp kan???"
dia berlalu pergi....
***
dia merapati aku
kemudian memeluk aku dgn erat
"aku maafkan kau la...."
"maafkan aku.... aku tak tau..."
"la suma tu kan salah faham jek"
rupa-rupanya kawan aku pergi kedai emas dgn tunang aku semata-mata nak belikan cincin utk aku...
gambar dia dgn tunang aku sekadar kenangan jep...
sebab dowg juga kawan rapat~

kawan ibarat sebatang pen...
sgt berguna....
sentiasa membantu kita utk mencoret di kepingan kertas...
selalu ada semasa kita memerlukannya....
akan tetap ada sehingga ke akhirnya....
setia~tu la sahabat!

Ahad, 15 Mei 2011

luka lama memori lalu

"aku tak tahu!", jeritan sue bergema diruang yang sederhana besar.
"kau jgn tipu. mustahil kau tak tahu?", pertanyaan zam membuat sue semakin tertekan.
"betul! apa aku dapat kalau aku tipu kau pun?", balas sue dgn berani.
"mmg aku takkan dpt pape, tp kau kena tau yg kau ambil tu milik aku...", kata-kata zam mengakhiri pertemuan mereka di petang yg hening.

***
sue segera menyelongkar barang2 peribadi miliknya.... seketika dia tergamam.
mana barang tu???
'ah! gila macam mana boleh hilang plak ni?', rungut sue dalam hati.

***
zam meraup wajahnya yg kusut....
'mana hilang benda tu? sue kata dia tak ambil...takkan dia tipu??'
zam semakin tak keruan mengenangkan barang miliknya hilang tanpa jejak..

***
"awak! cantiknya piano kristal ni!!!", ayn menjerit kecil sambil menarik hujung baju zam.
"mana?", tanya zam terpinga-pinga
"ni lah", tunjuk ayn dengan muncung sebab zam seolah-olah enggan melayan kerenahnya..
"owh", pendek balas zam.
"owh jep", ayn terus-terusan muncung.
ayn diam. zam diam.
tiba2....
"awk!", ayn menjerit kecil.
"apa?", balas zam yg sdg membelek rantai berbentuk gitar.
"awk tanyakan kat amoi tu...boleh?", gagap ayn balas pertanyaan zam.
"apa", zam selamba bertanya tanpa memandang reaksi ayn.
"tanyakan piano kristal ni bape harganye?"
"okeh"
sebaik saja zam bertanya...ayn terpandangkan harga piano kristal....
'RM240!'
'mak aih mahalnya...kristal betul gamaknya', terpaku ayn melihat harga piano kecil tu.
"ayn...RM240....", zam bersuara
"tahu!", balas ayn dengan muka toya.
"ha! lau cmtu asal awk suruh saya tanya?", zam bertanya dengan muka merah padam.
"saja", ringkas jawapan ayn menyebabkan satu jelingan diterima.
"hahaha....ayn gurau jela...mmg tak tahu pun td asalnya...bila awk dah g td baru sy perasaan", jawapan ayn buat jelingan tu bertukar senyum segaris.
"jom turun!", zam segera mengayun langkah.

***
"sue camana?", tanya zam memandang wajah kawannya.
"okeh jep...music box for a girl....so sweet!", balas sue.
"serius?", tanya zam kembali.
"ekh kau ni, kan aku kata okeh tadi. lagipun kau juga cakap dia suka benda ni", sue rasa nak ketuk je mamat depan dia.
 zam mengaru-garukan kepala yg sememangnye tak gatal.
"moi!", teriak zam memanggil penjaga kedai.

***
bungkusan kotak tu kemas dalam gengaman sue.
zam tersenyum melihat ayn dari kejauhan.
ayn melambai dengan senyuman mesra pada kawan dan orang yg disayanginya.
"zaaaaaaaaaapppp..buuuk!dapppp..."
ayn tercampak jauh ke tengah jalan. kereta yang melanggarnya segera cabut.
zam tergamam. sue juga.
"ayn?", zam seperti tak percaya apa yg dilihatnya.
ayn dilanggar walaupun berada di bahu jalan. kemudian bergesel dengan kereta sebelum tercampak di tengah jalan.
"ayn!", jeritan zam jelas kini....

***
"zam, jgn lah bersedih... sekurang-kurangnya ayn masih hidup lagi", tutur ajib tenang.
zam hanya mampu menarik nafas melihat sekujur tubuh kaku terbaring didepannya.
teringat kata-kata doktor sebaik sahaja berusaha menyelamatkan ayn yang agak kritikal sewaktu dikejarkan ke hospital
"alhamdulillah dia selamat, cuma berkemungkinan dia akan mengalami amnesia", tutur doktor yang merawat ayn.
"amnesia ialah kerosakan yang berlaku akibat hentakan yang kuat pada kawasan yang menyimpan memori"
"adakalanya pesakit amnesia hanya mengingati memori lama dan tak dapat mengingati memori baru"
"ada sesetengah kes pula pesakit langsung tak dapat mengingati memori lama dalam jangkamasa lebih 10 tahun... namun bergantung kepada pesakit... ada pesakit hanya mengalami amnesia semantara dalam jangkamasa pendek... tetapi ada juga yang tak mampu mengingat langsung...."
penerangan doktor amin sebentar tadi membuat zam terpaku....
rasa nafas nak terhenti....
apa yang perlu aku lakukan???