NuffNang

WeLcOMe tO eInZmIsZmeSSy cOrNer

You are not allowed to copy my photo, writing or ideas unless you asked me first. All content was my copyrights which only contain my thought that maybe changed and not permanent. Do enjoy reading my blog. Thank you for drop by~

Ahad, 13 Mac 2011

Disini Bermula ;)


Fizha mengangkat takbirratuihram....
"Allahuakhbar!"
Hujan semakin lebat.... Air sungai juga semakin deras dengan kelajuan dek kuantiti yang bertambah.
Dalam keadaan yang basah dan selalunya dia tidak akan selesa untuk menunaikan solat tapi entah kenapa dia rasa mudah sahaja ketika itu.......
"Was-was tu permainan syaitan. Syaitan saja nak buat kita tak yakin", terngiang-ngiang ayat ditelinganya....
Angin bertiup agak kuat namun dirasakan nyaman...... Entah kenapa.........
Hatinya semakin kuat ingin berubah.......
"Assalamualaikumwaramatullah....." Fizha meraup wajah seusai menunaikan solat zuhur petang itu.
"Ila, terima kasih", tutur Fizha kepada Ila.... Sambil tersenyum Ila menganggukkan kepala serta mengenyitkan matanya.
"Mesti Ila biasa solat dalam hujankan, ditengah tanah lapang macam tadi?" soal Fizha sambil membetul-betulkan tudung bawal berwarna krim miliknya.....
"Tak juga kak Fizha, tapi pernah la juga waku ada kem kat sekolah dulu tapi kitorang berjemaah. Seronok!", Ila mengesat-ngesat cermin matanya yang basah.
"Owh....Kak Fizha rasa macam nak pakai tudung labuh juga macam Ila suatu hari nanti, Insyallah la tapi mungkin bukan sekarang", luah Fizha sambil  memerah baju basah yang dipakainya.
"Baguslah. Niat baikkan? Insyallah dipermudahkan.. Kalau keazaman kita kuat", tenang Ila menuturkannya.
"Hehe.... Harapnya la..... Hujan lebat lagilah Ila.... Macamana nak mandi ni? Diorang suruh kita siap-siap dan tunggu kat surau. Solat asar kat sana", 
"Hm..... Ntah la....", pendak jawapan dari Ila.
"Jom!", Fizha menarik lengan Ila menuju ke pondok semula setelah selesai bertukar tudung. Fizha pinjam tudung Ila sebab tudung Ila lebih labuh berbanding dirinya, solat dalam hujan dengan keadaan yang basah dan baju comot disebabkan 'Jungle Treking' adalah kali pertama dalam hidupnya, beralaskan plastik sebagai sejadah.
Kenangan yang tak akan Fizha lupakan seumur hidup....
Entah kenapa ketika tu dia berharap dia adalah seorang muslimah sejati.....
Mereka mengorak langkah ke pondok yang diduduki oleh sahabat-sahabat mereka yang lain....