NuffNang

WeLcOMe tO eInZmIsZmeSSy cOrNer

You are not allowed to copy my photo, writing or ideas unless you asked me first. All content was my copyrights which only contain my thought that maybe changed and not permanent. Do enjoy reading my blog. Thank you for drop by~

Selasa, 12 Januari 2010

ALLAHUAKBAR!

baru-baru ini isu penggunaa kalimah ALLAH oleh HERALD THE CATHOLIC WEEKLY telah membangkitkan kemarahan masyarakat islam di negara ini,,,,
sekiranya diteliti masyarakat islam hanya membuat bantahan dengan cara mengadakan tunjuk perasaan di tempat-tempat tertentu,,,
namun setelah penggunaan kalimah ALLAH diluluskan di Mahkamah Sivil dan dihakimi oleh hakim yang bukan beragama islam hal ini melarat sehingga pelbagai pihak tampil untuk memberi pandangan dan pendapat,,,kerajaan juga digesa oleh masyarakat islam memandangkan isu sensitif ini menjadi pertaruhan.
ketengangan melanda kerana penangguhan berlaku dan ini membuat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab nekad untuk membakar gereja di Desa Melawati (kejadian pertama).
ini bukanlah sikap masyarakat islam yang sebenar kerana islam agama yang menganjurkan agar umatnya bersabar apabila mengahadapi konflik,,,sememangnya sukar untuk kita semua bersabar ketika perkara yang melibatkan agama menjadi pertaruhan,,,tetapi membakar gereja bukanlah perkara yang wajar dilakukan.
islam menyuruh umatnya agar menggunakan kebijaksanaan akal dalam menyelesaikan setiap masalah.
saya bersyukur kerana perkara ini kini sudah selesai kerana pihak penerbit majalah tersebut sudah sedar akan kesilapannya yang ingin menggunakan nama ALLAH untuk penerbitannya.
saya disini merasa sedikit aneh mengapa pihak penerbit yang mempunyai kebijaksanaan tidak memikirkan terlebih dahulu akan kesan akan datang.
sudah kita semua maklum bahawa isu sensitif seperti ini pastinya akan menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang terutama bagi pihak yang terlibat.
saya berpendapat perkara ini seolah-olah sengaja dilakukan untuk menguji tahap kesabaran masyarakat islam.
keadaan menjadi huru-hara kerana hal ini sememangnya menyinggung perasaan masyarakat islam terutama apabila penggunaan kalimah ALLAH diluluskan oleh Mahkamah Sivil.
saya berharap agar tiada lagi timbul masalah yang berkaitan dengan isu sensitif seperti ini memandangkan negara ini mempunyai pelbagai bangsa yang menganuti pelbagai agama.
tetapi haruslah diingati bahawa agama islam masih lagi agama rasmi negara ini.
justeru itu kita semua haruslah menghormati agar kita dapat hidup dalam harmoni.