NuffNang

WeLcOMe tO eInZmIsZmeSSy cOrNer

You are not allowed to copy my photo, writing or ideas unless you asked me first. All content was my copyrights which only contain my thought that maybe changed and not permanent. Do enjoy reading my blog. Thank you for drop by~

Khamis, 24 Disember 2009

p.e.r.k.a.h.w.i.n.a.n VS p.e.r.n.i.k.a.h.a.n

tiba-tiba aku terasa suka nak buat perbandingan,,,
ok,,,kalau dilihat pada dua istilah ini bagai sama je maksudnya,,,
secara mata kasar memang seakan sama tapi pada aku terdapat sedikit perbezaan mengikut minda aku la,,,
ok,,,perkahwinan boleh digunakan untuk semua benda la,,,bagi manusia, haiwan , tumbuhan -sepatutnya guna kacuk tapi orang kita suka guna kahwin- dan sebagainya,,,
pada aku,,,aku lebih suka orang kita menggunakan perkataan pernikahan,,,lebih suci (seem so pure) hehehe,,, lagi pun betul apa kalau individu yang bernikah je dapat melahirkan zuriat yang bagus (baik, pintar, berkebolehan, berkeistimewaan dan pelbagai lagi) -insyallah, sekiranya allah berkehendakan dan kita petuhi segala hukum hakam agama-
kalau individu yang berpasangan (couple) sekarang ni boleh je guna istilah 'aku dah kahwin apa dengan pakwe aku' yang boleh disalah ertikan,,,
jadi pada aku kalau orang kerja kahwin,,,aku lagi suka panggil kenduri orang nikah,,, mungkin payah la sebab dah dari dulu terbiasa sebut kerja kahwin -mindset/mentaliti- tapi seperti biasa la,,,aku teringat kata-kata seorang cendiakawan,,, -minds control everything!!!- yeah i'm agree with this statement,,,
tapi semuanya terpulang la pada kau orang semua nak menilai macam mana,,,

Isnin, 21 Disember 2009

[cendol oh cendol]

sebut pasal cendol,,,memang kegemaran abah aku,,,melarat-larat virusnya sampai ke semua orang dalam keluarga aku,,,
beberapa hari lepas,,,aku bersama mak serta dua orang kakak aku pergi ke baitulmal yang terletak berdekatan dengan sekolah tinggi muar -HSM- cool pulak bunyi nama sekolah tu,,,famous je dengar,,,hahaha,,,
selesai mencari barang -barang yang dicari tak jumpa pun- aku ternampak la seorang pak cik penjaja yang menjual cendol,,,kebetulan memang tekak memang haus,,,aku pun apa lagi,,,bagi link kat mak aku,,,mak aku memang faham perangai aku kalau bab makan ni,,,memang dahsyat,,,huhu,,,
masa mak aku pergi membeli aku tak ikut pun,,,aku temankan kakak ngah aku yang masih mencari barang,,,
mak aku pergi membeli cendol bersama kak long aku,,,aku fikir beli dua kongsi empat tapi rupa-rupanya beli seorang satu,,,hish,,,
mak aku ni pun kan,,,patut cuba dulu ni tak,,,
bila dah dekat baru aku nampak,,,cendol pak cik ni mesti tak bape sedap,,,
lepas je sedut,,,sreet,,,cendol bersama santan dan pulut berserta kacang merah masuk kekerongkong,,,fuh!lega,,,tapi memang tak sedap pun,,,seperti yang aku jangka,,,huhu,,,lega sebab tekak memang tengah kering,,,
cendol bau kapur da,,,pulut lak agak jelantah,,,kacang merah pulak tak berapa empuk,,,adus,,,confirm ni la kali pertama dan terakhir aku beli cendol ni kat sini,,,tidak lagi
perkara yang sama berlaku juga semalam,,,
sepupu aku melangsungkan perkahwinannya,,,aku pergi satu keluarga,,,
abah aku parking kereta dibahu jalan berdekatan dengan rumah pengatin,,,
bertentangan dengan bahu jalan terdapat deretan gerai,,,
gerai apa lagi kalau tak cendol yang menarik minat bapak aku,,,
siap ada dialog lagi antara abah aku dengan kak ngah aku,,,
abah:cendol la,,,nah (sambil menghulurkan duit not rm5) kau pergi beli cendol
kak ngah:hek eleh abah ni,,,orang kerja kahwin dapat minum free je,,,abah nak pergi beli buat apa???
abah:alah aku nak merasa,,,
selapas membeli tiga bungkus cendol+kacang merah,,,
abah:ha'ah orang buat kerja kahwin gatal aku pergi beli lagi,,,
tahu kenapa abah aku cakap macam tu???
sebab tak sedap,,,
sure!!!

Selasa, 15 Disember 2009

-peraduan-

kebiasaan yang sering berlaku sepanjang cuti-cuti di rumah aku ialah peraduan yang sering mendapat tempat di hati kami adik-beradik
tahu apa dia???
aku namakan 'the longest sleeping beuty contest'

KaSiH aBaH

bagaimana kita menunjukkan sayang kita pada abah kita???
aku masih mencari-cari kaedah terbaik untuk mempamerkan rasa sayang aku pada abah,,,
abah aku bekerja sendiri sebagai seorang penjual ikan di pasar awam,
fishmonger-
[masa kecik-kecik dulu aku tersalah translate aku bantai letak sell fish,nasib baik tak selfish,sungguh jauh maknanya]
baru-baru ni aku pergi jemputan menemani kedua orang tua aku,,,sedang aku menyenduk lauk-pauk,,,aku terperasaan yang tangan abah berdarah,,,aku kelam kabut mencari tisu untuk beri pada abah,,,tapi setelah aku amati,,,tangan abah tidak lagi mengalirkan darah,,,apa yang aku lihat sebenarnya ialah kesan tertakik akibat parang yang digunakan untuk menyiang ikan,,,tangan abah,,,menampakkan isi,,,aku tak dapat membayangkan betapa sakitnya ketika tertakik dengan parang,,,lebih ngilu apabila terkena air,,,darah tak berhenti-henti mengalir,,,
susahnya abah mencari duit,,,
kalau bau ikan aku mampu tahan tapi kalau dah sampai terhiris daging badan sendiri,,,
abah pernah cakap:aku cari duit tuk korang semua,,,
waktu itu aku cuma tahu mengeluh je,,,
kesusahan,kepayahan,kesengsaraan,kesempitan,semuanya dilalui abah dengan tenang,
tapi apa yang aku lakukan???
ya allah,,,
mohon ENGKAU berikan petunjuk buat hambamu ini agar mampu menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa, berbakti buat mereka, sehingga ke akhirnya,,,
amin-amin ya rabbal alamin,,,

p-a-n-c-a-i-n-d-e-r-a

pernah dengar tak orang cakap:
kalo nak rasa macam mana gentirnya keadaan orang buta,,,tutup la mata dengan kain hitam untuk suatu ketika yang ditetapkan,,,lalu meraba-raba la kita dalam kegelapan tak dapat melihat keindahan alam dan merasai kenikmati dunia melalui pandangan,,,
jika nak rasa macam mana hebatnye cabaran orang pekak,,,sumbatkan earphone pada lubang telinga dan turn till the full blast of the volume,,,lalu tak mampu kita memahami keadaan sekeliling kerana tak dapat mendengar,,,
andainya nak rasa macam mana handalnye keadaan orang bisu,,,ikatkan kain pada mulut dengan ketat dan jangan leraikan sehingga suatu tempoh masa yang sesuai,,,lalu terdiam kita membisu walaupun hati meronta-ronta ingin berkata-kata,,,
bayangkan jika,,,kesemua pancaindera kuniaan-NYA ditarik balik dengan sekelip mata???
adakah mampu untuk kita menolaknya???
kemungkinan yang ingin diperkatakan ialah,,,sekiranya akal kita rosak dengan tiba-tiba disebabkan pelbagai faktor yang mendorong,,,
ketika itu akal tak dapat mentafsir apa-apa,,,

Isnin, 7 Disember 2009

kisah 1 : terang bulan

malam itu, aku berbaring diatas rumput menghadap langit ciptaan-NYA yang tersangat luas, -MAHA SUCI ALLAH- bibirku memuji kebesaran Ilahi tanpa sedar, kemudian mataku menatap bulan penuh yang kelihatan begitu indah, sekali lagi bibirku terkumat-kamit memanjatkan kesyukuran kerana berpeluang melihat keindahan alam, panorama malam sememangnya suatu keseronokan kalau kita mampu hayati,
sudah menjadi kebiasaanku untuk melihat kerdipan bintang-bintang dan segala apa yang mampuku lihat dilangit, angin malam membuatkan badanku terasa kedinginan,aku berpeluk tubuh sambil berfikir andai kiamat berlaku tentunya bumi musnah, ketika itu dimanakah aku? aku berfikir lagi andai kiamat berlaku tentunya langit runtuh, ketika itu tiada lagi keindahan dan kedamaian yang aku dapat rasakan seperti malam ini,
sedang aku berfikir,
tiba-tiba aku terasa sesuatu mengangguku, aku diam tanpa menghiraukan kehadirannya, aku terus menghitung zikirku, bunyi yang aneh semakin kuat menderu ke kupingku, namun aku tetapkan hati untuk kekal membeku disitu, tapi keadaan semakin merimaskan apabila sesuatu mula melintas didepanku, aku tidak senang berbaring,aku bangkit dari pembaringan lalu duduk bersila, ketika itu juga sesuatu itu mulai mendekatiku, aku bingung,
entah bagaimana aku terus bertanya, ada apa kau kemari? sesuatu tidak menjawab tetapi terus menghampiriku, aku tetap bertanya, untuk apa kau muncul? lalu sesuatu menjawab aku datang untuk menyesatkan semua mahluk yang beriman kapada-NYA, aku terus memintanya pulang ketempat asalnya, sesuatu enggan, aku yang cetek ilmu ghaib ini akhirnya mengambil keputusan untuk membaca surah yang ku hafal, ayat kursi meniti bibirku,
sesuatu itu akhirnya ghaib hilang entah kemana, aku memanjatkan kesyukuran lalu aku bangun masuk ke dalam rumah menuju ke kamar mandi, aku berwudhu untuk menunaikan solat sunat, kemudian aku melelapkan mata, merehatkan mindaku yang keletihan